SAYA MENYEDARI ANUGERAH YANG DIKURNIAKAN...
Saya suka buat citer yg mcm cerpen...
Saya ada try buat citer yg mcm novel.Bakat untuk menulis ni saya sedar sewaktu saya menulis sebuah kisah (masa tu saya masih budak kecik,masa tu umur baru je masuk 9 tahun...)..so the story is from my fantasy world.
Berbalik dari kisah bagaimana saya menyedari anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.
Pada masa itu saya sangat boring,nak baca novel,semua dah habis baca...
So,saya mengambil buku rojak..(entahlah,but ia dinamakan kerana sudah bercampur mcm-mcm perkara)..
Saya menulis sebuah cerita,tajuknya agak dewasa bagi saya,but saya suka melihat diri saya sebagai pencerita yg dewasa.Saya tak pandai tulis cerita kanak-kanak mcm masa kecik...
Tentang dendam seorang gadis terhadap seorang jejaka....namun cerita itu saya ubah semula,agar tidak melampau,hehe...saya memang ingin menulis,bukan syok sendiri,ya!
Oh ya!Pasti nak tahu bila saya start menulis novel ni kan?Saya memulakannya pada tahun ini,pada bulan Februari lalu...
Sekarang saya nak concetrate pada satu cerita yg amat luar biasa normalnya sejak saya memulakannya.Dan saya tidak menyangka fikiran boleh sejauh ini.Cerita yg saya gelarkan sebagai,''luar biasa normal" ini saya tulis dalam buku log yang saya tidak gunakan sekian lama...Pada mulanya jalan ceritanya lain,namun bila saya asyik menulis,saya tersedar,cerita itu menjadi jauh dari jangkauan saya.
Bila saya menaipnya di laptop,lalu mencetaknya dan menunjukkan kepada kawan baik yang sekelas dengan saya,mereka mengatakan cerita itu amat best dan menarik!Wow!Saya sendiri terkejut!Dengan itu,saya telah menyambung semula cerita itu....Namun kerana kehabisan idea,saya terpaksa meninggalkannya buat sementara waktu,oleh itu,saya ingin mengambil masa untuk memikirkan idea...
Saya pernah memberitahu ibu yang saya ingin membuat novel,ibu saya bersetuju dan berkata; "nanti hantarlah dekat mana-mana syarikat buku..."
Ah...sukanya saya!!!Saya mewarisi bakat menulis ini daripada ibu...
Juga mewarisi hobi membaca novel dari ibu...
So,saya pasti akan membaca novel,tidak kiralah apa jenis genre,asalkan ia bernama novel..
Apabila saya pergi ke Tesco Station 18,lokasi pertama yang saya harus lawati ialah di bahagian buku
Saya akan berasa seronok jika melihat novel-novel tersusun rapi....
Bila disuruh pilih,memang rambang matalah...jika pulang,mesti ada lebih kurang 4 hingga 5 novel yang dibeli...Lepas membaca,saya akan komen sendiri dengan ibu...Sampai ayah saya pun menggeleng kepala,kerana saya memang kaki novel.Antara cita-cita saya nanti ialah untuk menjadi novelis terkenal selain peguam...
Saya akan menggunakan bakat ini untuk menghasilkan sebuah karya..mungkin pada suatu hari nanti..Insya-Allah...
0 your comments