KENAPA SAYA MINAT MEMBACA NOVEL?
Dari tahun lepas lagi,saya menanya diri saya.Kenapa saya minat membaca novel.
Entahlah....
Saya berfikir,saya teringat pada 5-4 tahun yang lalu.Ketika itu umur saya berusia lapan tahun,saya dan keluarga pulang ke kampung.Kerana ketika itu juga,cuti sekolah sudah bermula.
Semasa tinggal di rumah tok.Yang juga rumah ibu saya,ibu dan anak-anak saudaranya bertungkus-lumus untuk mengemas rumah tok yang sudah lama tidak dikemas.Sebagai budak,tugas saya adalah menyibuk dan mengusik segala barang yang ada.Biasalah...budak-budak kan?Hehehe...
Semasa ibu dan kakak saudara saya sedang mengemas di rak buku,saya menyibuk.Saya terjumpa sebuah novel dan komik doraemon.Bila saya tanya novel itu kepunyaan siapa kepada ibu.Kata ibu;Ni ibu punya.
Saya tanya komik doraemon kepunyaan siapa.Jawab ibu;Entahlah...
Jadi saya membaca novel tersebut.Semasa membaca,saya dapat memahami perjalanan cerita itu dan bisa membayangkan apa yang ditulis oleh penulis.Maksudnya macam menggambarkan cerita dalam novel itu.Apa yang saya ingat adalah tentang seorang gadis yang gemar menggesek biola,namun ibubapanya menghalang apa yang dia gemarkan.
Itu sahaja yang saya ingat.Namun saya tidak sempat menghabiskan pembacaan novel itu.Dan bila pulang ke kampung semula,novel itu sudah tiada.Siapa ambil ya?
Saya mencari di rak buku,namun hampa,novel itu tiada.Sedih dan terkilan....
Tapi kerana minat membaca novellah saya pandai dalam penulisan.Kerana minat membaca novel juga saya bisa menulis cerita daripada dunia khayalan saya itu.Kalau tanya matapelajaran yang saya minat,pasti penulisan menjadi tempat pertama dalam senarai matapelajaran yang diminati.
Oh ya!Komik doraemon itu sudah hilang...hehe...saya dan adik saya berebut....kerana ingin membaca komik tersebut.
2 your comments
dapat ku bayangkan kecomelan mu waktu itu~~ hahaha
ReplyDeletehaha..x comellah..biasa2 je...tukar nama ek?saya ingat siapalah yg komen ni..
ReplyDeleteawak ada buat blog psl diri awak and korean drama ek?
saya dah follow blog baru awak tu..