My Heart is Only for You! (part 1)

by - 12:22

Julie duduk di depan kafeteria universitinya,hari ini Alex berjanji ingin mengambilnya di sini untuk pulang.'Lamanya,mana dia pergi?'bisik Julie dalam hati.Julie bangun dan berjalan ke arah pintu masuk universitinya.Dia dan Alex bersama sejak mereka berdua masih berada di high school.

3 tahun yang lalu,
Julie berdiri dan memandang Alex di hadapannya."Ada apa awak ajak saya datang sini?"tanya Julie sambil memegang rambutnya yang ditiup oleh angin.Alex pula menundukkan kepala ke bawah."Ss...sss...saya cintakan awak!"luah Alex kepada Julie.Bulat mata Julie mendengar luahan cinta yang baginya bagaikan nak maut."Awak ni demam ke hari ni?"tanya Julie untuk kepastian. "Tak,tapi saya demam kerana awak."jawab Alex sambil tersenyum.'Aik?Kata tak,tapi kenapa dia kata demam sebab aku?'soal Julie dalam hati. "Apaper jelah Alex!"kata Julie.Julie beralih ke belakang tanda ingin kembali semula ke kelas."Julie!Saya bagi masa seminggu untuk awak fikirkan hal ni.Saya harap awak tak terburu-buru dalam membuat keputusan awak!"ujar Alex sebelum membiarkan Julie pergi.
Selama seminggu itulah.Julie cuba memikirkan tentang luahan hati Alex.Hari ynag ditunggu oleh Alex.Julie tersenyum ke arah Alex."What is your decision?"tanya Alex. "Saya terima.Tapi awak kena tepati 3 syarat yang saya tetapkan."jawab Julie dengan mengalihkan mukanya yang sudah kemerahan seperti kena blusher yang ditempek tebal.Sejak dua hari yang lalu,Julie pasti akan terasa malu apabila berhadapan dengan Alex."Okay,saya cuba patuhi."kata Alex. "First,awak kena seimbangkan antara pelajaran dengan percintaan,try to success in study and in love.Second,kalau saya tahu yang awak ni jenis playboy,saya akan meninggalkan awak serta-merta even awak masih memberikan alasan kuno awak tu.Third,saya harap awak setia dengan saya.Dan berani berterus-terang."Julie memberitahu tiga syarat yang harus dipatuhi oleh Alex.Alex menggangguk tanda setuju dengan syarat yang ditetapakan oleh Julie.

..................................................................................................................................................................

 Julie tersenyum sendiri.Hon sebuah kereta yang kuat menyebabkan Julie tersentak.Dia memandang ke arah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. "Abang Joey?"kata Julie sambil memandang ke arah abang keduanya,Johnny."Kenapa tengok abang macam baru lepas tengok hantu je nie?"tanya Johnny yang pelik melihat sikap adik bongsunya,Julie atau nama sebenarnya Julietta ."Err..takde apaperlah!Julie pelik kenapa abang datang sini?"kata Julie dengan tergagap-gagap."Abang datang nak ambik kamulah!"balas Johnny."Takpelah!nanti Alex kata dia nak datang sini."jawab Julie pula."Oh ye ke?Takpelah...abang blah dulu!Balik cepat ye!"ujar Johnny sebelum masuk ke keretanya.Julie hanya menggangguk dan melambai tangannya.

 Dia mengerling jam tangan pemberian Alex yang diberi semasa hari jadinya pada tahun lalu.Jam menghampiri pukul 7 petang.'Manalah si Alex tu pergi?'tanya Julie sendirian.Tiba-tiba handphone LG Chocolatenya menyanyikan lagu Gee nyanyian Girls' Generation.Lalu dijawab;"Hello?Alex ke ni?"tanya Julie."Hmm...sorry Julie.I can't fetch you.Tadi I ada hal kecemasan.So,i tak sempat tunggu you habis kuliah."Alex memberitahu Julie.Julie hanya menjawab;"Oh ye ke?Takpelah i boleh balik sorang-sorang.Don't worry.Bye!"pantas Julie memutuskan talian.

 Dalam hatinya timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan abangnya,Johnny yang mengajaknya pulang bersama-sama.'Sekarang ni,aku kena pergi jalan sampai ke perhentian bas kalau nak naik bas ataupun teksi.'fikir Julie.Itulah jalan terbaik baginya daripada duduk seorang sampai esok pagi.Julie berjalan ke perhentian bas selama 15 minit.Terdapat sebuah teksi yang akan melalui arah rumahnya.Julie terus sahaja menaiki teksi tersebut.

 "Cik,mintak maaflah ye,sekarang ni jalan raya tengah sesak,jadi saya tak dapat masuk ke kawasan rumah cik."kata pakcik yang membawa teksi itu.Tanpa berfikir panjang,Julie terus membayar bayaran tambang teksi dan keluar dari teksi."Pakcik,simpan bakinya ye!"ujar Julie sebelum berjalan menuju ke kawasan rumahnya.Kasut tumit tinggi yang dipakainya tadi sudah ditanggalkan supaya senang untuk berlari.

 Sampai sahaja di depan rumah,Julie naik ke biliknya sebelum merebahkan badan ke katil.Ketukan di pintu biliknya menyebabkan Julie tidak jadi untuk berehat sebentar."Masuklah."kata Julie.Johnny masuk dan terlihat adiknya itu sedang berbaring di katil.Tersenyum Johnny melihat adiknya itu. "Julie,pergilah mandi dulu kalau dah penat pun."tegur Johnny."Abang ni kacau je!Orang dahlah tak larat!Si Alex tu pun satu!Kalau dah tak boleh ambik,calllah awal-awal!Ini tak,orang tunggu lama,baru nak call!"bebel Julie tanpa menyedari,dia telah menceritakan apa yang sudah terjadi.

 Johnny membelai rambut adiknya,"Takpelah,Julie mandi dulu dan berehatlah ye.Kalau nak makan,panaskan je dekat microwave."balas Johnny dengan rasa kasihan kepada adiknya yang jelas kepenatan seperti lepas lari mararthon."Hmm"gumam Julie.Johnny keluar dari bilik adiknya dan turun ke bawah.







*Akan bersambung di part 2.
*Nama watak:1.Yoona as Julie
                       2.Choi Si Won as Alex
                      3.Lee Min Ho as Johnny





You May Also Like

0 your comments