Dennis Oh, Novel Awak Suka Saya Tak?,dan lain-lain
Assalamualaikum,Hello and Annyeong!
Gambar di atas menunjukkan seorang lelaki ._. dia...oh ye,aku nak rujuk kat dia semula.Jaejoong?Heee...ada je XD Aku sayang dua-dua orang ni <3
First,aku rasa nak minta maaf dekat dia,sebab aku tinggalkan dia keseorangan *lol*
Aku rasa macam pelik kejap.Aku rasa Lina Dennis still exist.Keh,itu nama pena aku time kali pertama tulis e-novel.But,now aku dah tukar.Aku dah buat keputusan nak ambil nama Lina Ellenia Azhar.Singkatannya L.E.A
Hehehe...
Cuti dua minggu ni,aku ingat nak stop kejap dari ber-FB.Lagipun,semalam baru je aku shopping novel dengan buku rujukan English dekat Popular.Untuk trial PMR nanti,teacher nak aku dapat A.Sebab yang Mid-Year,aku dapat B.Hehehe...so,aku nak belajar.Hari ni je aku baru bukak facebook.Rindu gila dekat kawan-kawan facebook aku,well aku deactive facebook aku yang Nor Azlina tuh.Aku guna facebook lain ^^
Aaaa...cakap pasal novel.Cuti ni je,aku dah baca lebih kurang tiga atau empat novel.Semuanya sebab aku nak improve kan penggunaan bahasa aku yang tunggang langgang ni -.-
Akhirnya aku dah beli novel yang aku idam-idamkan selama beberapa bulan ni ._.v
Semalam masa masuk dalam Popular,aku nak nangis bila tengok novel yang aku nak beli tu tak ada.Dengan rasa yang sungguh menyesal,aku terus cari dekat celah-celah rak buku.Huhu...jumpa jugak TT-TT
Aku baca malam semalam dan habis baca pukul 6:50 pagi,hari ni ._.
Aku tak tidur,sebab petang tu dah tidur.Tapi lepas je solat subuh,aku terus tidur XD
Bangun je dah nak dekat pukul 11 pagi...ish2
Aku mula tahu pasal novel ni masa tahun lepas.Masa tu aku tengok ada post dekat satu group untuk peminat/pengkarya novel.Aku memang join,sebab aku minat :D
Novel Awak Suka Saya Tak masih menjadi novelog atau e-novel.Aku memang nak baca,tapi tak sempat,sebab aku ni nak tunggu sampai e-novel tu dibukukan.Hehe...yang paling best,Hilman Yong/Damien Yong.
Semalam masa baca,aku hampir-hampir nak nangis,terharu,bersyukur...semua perasaan ada.Sebab Puteri Intan Zulaikha seorang yang tabah.Ya...aku pun tak setabah dia,kerana kehilangan Hilman Yong,kemudian terpaksa layan karenah Damien Yong yang menggetarkan hati seorang wanita.Huuu...
Melalui novel ni juga,banyak yang aku dapat pelajari.
Apa yang aku boleh katakan,ialah....DAEBAK! (Y)
Cerita yang dihasilkan oleh Kak Melur Jelita berjaya membuatkan aku menggemari novel ini.Mungkin aku nak baca balik,sebab ceritanya penuh dengan pengajaran.Kalau aku suka sesebuah novel,aku akan baca dengan berulang kali.
Selain itu,aku pun ada beli lagi dua novel.Karya Areila Sahimi.Antara penulis novel favourite aku.Orang Perak ni!Kekekeke...bangga bebenor teman ni!
Hehehe...sebelah menyebelah tu!XDD
Aku tangkap gambar novel-novel pun secara curi-curi.Ibu aku tak tahu!
Seterusnya,aku tengah menulis sebuah cerpen.Cuti ni,aku ingat nak menulis cerpen.E-novel tu tunggu time lepas PMR.Otak dah agak tepu.Sebab aku rasa kekok nak tulis e-novel dan cerpen.Tajuk cerpen yang aku tengah tulis,insya-Allah...mungkin dalam minggu ni siap,sebab baru 50 % siap.Ngeee...lepas tu,aku nak try hantar cerpen dekat penulisan2u.Dah lama tak hantar.Hihi...
Kemudian,ada lagi satu cerpen aku nak tulis.Lepas je siap Carta Hati,aku nak tulis cerpen kedua.
Apa yang aku nak ialah,mencurahkan idea untuk terus berkarya,dan aku nak cuba berusaha untuk capai impian aku yang aku mimpikan dan impikan sejak aku masuk form 1.Ehem...dengarnya,ayah aku macam bagi je aku menulis novel :)
Kalau boleh,aku nak keizinan dari family aku sendiri.Mungkin itu je yang aku nak tulis.Huhu...
Annyeong!
p/s:Jaejoong dan Dennis Oh aku punya! *wink*
1 your comments
karya seni ke ni dik?
ReplyDelete