Keputusan PMR Aku...

by - 14:29




Assalamualaikum,Hello and Annyeong!
Macam biasa,kalau aku nak update,mesti kena tunggu seru dulu lol.Cehh,takdelah.
Lagipun dalam minggu-minggu ni banyak bercuti dekat kampung.

Semalam,19 Disember,satu tarikh yang memang buatkan aku tak tidur malam selama lebih kurang seminggu.Harhar -.-
Aku memang tak boleh tidur,mata pejam tapi sebenarnya tak tidur.
Pagi semalam dalam pukul 11 pagi,aku pergi sekolah ambil result.

Alhamdulillah.Keputusannya menggembirakan,walaupun tak secemerlang orang lain.
Mathematics aku lulus.Sebab sejak akhir tahun masa form 1 sampai masuk form 3 aku memang dok gagal semedang je.Sampai cikgu maths asyik perli-perli aku lol.

3A 3B 1C 1D

3 A - Bahasa Melayu
         Bahasa Inggeris
         Sejarah

3 B - Geografi
         KHB-Perdagangan dan Keusahawanan
         Pendidikan Islam

1 C - Sains

1 D - Mathematics

Mungkin orang lain akan cakap 3A tu sikit,tapi bagi aku 3A tu dah cukup.Sebab aku nak A lebih daripada satu.Subjek yang aku tak sangka akan dapat B tu memang buatkan aku bersyukur sangat.Ayah aku pulak dia nak aku dapat 5A atau 6A.Yalah,nak buat macam mana,dah takde rezeki.
Masa cikgu beritahu aku dapat 3A tu pun aku dah tak dapat nak cakap apa.Speechless habis.

Lepas ambil result,ayah aku lecture aku sebab dapat 3A je.Dia cakap 3B tu boleh jadi 3A sebab B tu dekat sangat dengan A.Aku cuma diam je.Aku sedar yang aku ni average student,sebab aku memang masuk kelas yang average.Ada jugak classmates aku yang dapat lebih dari 3A.Tu dah kira boleh lawan kelas Setia dengan Murni lah tu XD

Ayah aku cakap tahun ni peratusan untuk PMR menurun,dari 34,000 jadi 30,000.Maybe next year akan meningkat,who knows right?Sebab next year budak-budak batch 98 jadi last batch untuk PMR.

Ayah aku ada salahkan facebook.Okey,persoalannya,bukan salah facebook.Facebook tu bukan benda hidup.Aku tahu semua ni salah aku sendiri.Lalai.Aku bukan tak boleh belajar sampai cemerlang,tapi aku ni ada satu penyakit malas -.- HAHA aku mengaku.

Aku faham ayah aku kecewa.I'm so sorry.
Tapi,SPM nanti aku nak sapu straight A sampai licin XDD lol
Next year,aku akan cuba untuk perbaiki semua kelemahan aku,terutamanya sikap malas tu...hohoh
Kepada member Whoopers 97 liners,aku nak ucapkan tahniah sebab dapat result yang daebak (Y)
Terutamanya Dayah,Arina,Zafyra,Allys,Diyana dan yang lain-lain.
Also to my best friend,Balqis,don't be sad.Maybe kali ni kita berdua takde rezeki nak cemerlang,but SPM nanti boleh cuba lagi ;)

Semalam jugak,untuk kali pertama masa Dayah call aku,aku tak dapat tahan air mata aku.Sorry keh? XD Adoi,memang spoil betul masa tu.Sebab masa pagi lepas ambil result aku call Dayah,aku bagitau dia result PMR aku.
Petang tu baru aku tahu dia dapat berapa A,sebab aku terlambat sikit.Hehehe...overslept,penat.

Bagi aku,memang sukar nak percaya yang aku punya Geografi dapat B.English aku dapat A.Oh yes!
First day persekolahan next year,aku nak jumpa Puan Suma,teacher English yang ajar aku tahun ni.To teacher,thanks teacher.It's fun to learn English with teacher.You tell that you want me to get A for PMR examination.What you wish had become true!I'll always do the best for my English subject.
Many thanks teacher!I hope teacher will happy that one of your student had already score A in her PMR examination.

*sobs* Aku menangis lagi TToTT


You May Also Like

0 your comments