Semester 3, Kerja Kursus dan Menulis

by - 07:21


Assalammualaikum w.b.t.
Salam Ramadan ke-20. Alhamdulillah, tahun ini diberikan keizinan oleh-Nya untuk merasai nikmat berpuasa. Dalam kegembiraan itu ada kesedihan. Al-fatihah buat arwah ayah. Semoga arwah ayah ditempatkan bersama orang-orang beriman yang beramal soleh. Amin.

Dah lama rasanya tak menulis apa-apa entri dalam blog ni.
Kesibukan dalam pelajaran membuatkan aku tak berapa nak aktif blogging macam tahun-tahun yang terdahulu.

Sekarang dah masuk semester ketiga untuk STPM. Semester terakhir sebelum tamatnya perjalanan aku sebagai seorang pelajar Pra-Universiti.
Semester yang lepas agak mencabar sebab kena berhempas-pulas nak siapkan dua kerja kursus untuk subjek Pengajian Am dan Sejarah. Lagi-lagi sebab semester lepas agak padat dengan pelbagai aktiviti sekolah dan nak mengejar silibus pelajaran untuk subjek-subjek yang aku ambil. Memang menangis jugaklah dibuatnya sebab mengenangkan nasib dan merasai susahnya hendak siapkan kerja kursus, terutamanya untuk subjek Sejarah!

Namun semua itu dah berakhir.
Sekarang ini pulak, nak menghadapi semester tiga yang juga mempunyai kerja kursus. Dua subjek ada kerja kursus. Iaitu untuk subjek Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu. Hah. Memang akan menangis lah kot. Tapi. apa-apa pun aku kenalah cekalkan hati untuk menyiapkan kedua-dua kerja kursus tu.

Hehe.

Kemudian, beralih pulak kepada dunia penulisan.
Dahulunya aku bermula sebagai seorang pembaca dan perlahan-lahan aku berjinak dengan penulisan kreatif. Siap reka blog khas untuk cerita-cerita yang aku tulis. Cuma, kalau diikutkan sekarang ni memang tak ada masa pun nak menulis. Walaupun rasa nak menulis tu sangatlah menggebu. Haha. Tapi aku ada pasang impian nak menulis karya sendiri. Mungkin lepas habis STPM bolehlah kot nak menulis karya sendiri *berangan*.

Sekarang ni aku banyak membaca novel je kalau ada masa lapang.

Oh ya! Tak sabar nak tunggu raya!
Walaupun aku ni dah besar panjang, dah nak masuk 19 tahun, rasa seronok nak beraya macam kanak-kanak tu tetap ada! Haha,cuma kena lah buat lagak macam budak umur 19 tahun. Hehehehe.

That's all for now.

p/s: best betul balik kampung waktu puasa, sebab dapat berbuka dengan saudara-mara.


You May Also Like

0 your comments