January 2013 Updates:New things happened in my life.

by - 18:48




Kyaaa~!Nak beli komik dorang ni OTL aku terbaca kat majalah Klik yang adik aku beli petang tadi ._.v

Assalamualaikum,Hello and Annyeong.
Dah sebulan lebih tak update.Serius aku tak ada masa nak update dalam bulan Januari lepas.
Ngeee...dah masuk bulan Februari,baru nak update yang bulan Januari punya lol =_="

Aku nak cerita dan berikan updates dari mula sekolah sampai hujung bulan Januari.
Hee...
Masa hari pertama sekolah,2 Januari,semua pelajar tingkatan 4 telah dipilih kelas aliran yang telah pihak pakar yang aku rasa terdiri dari guru-guru.
Aku dapat masuk kelas seni.HAHA,seriously?Muka aku dah tak beriak time cikgu sebut nama aku.Cehh,ingatkan ada chance masuk kelas sastera...huhu...tak ada rezeki.
Best friend aku,Balqis,dapat masuk kelas sains.Wooo...gila terror woo...aaa,I wish you,good luck chingu-ah *-*
Semoga hasratmu nak jadi doktor bakal tercapai.
Cehh,dah melalut sikit.HAHA.

Kelas 4 Vokasional 1,atau short namenya 4V1 ialah kelas yang ada tiga jenis subjek elektif.Dekat sekolah,kelas tu menawarkan subjek Ekonomi Asas,Pendidikan Seni Visual dan Ekonomi Rumah Tangga.
Walaupun tiga-tiga subjek ini mencabar fikiran aku,aku akan cuba sedaya upaya untuk score yang terbaik masa exam :D

Dalam kelas 4V1 ada jugak member-member dari kelas lama aku masa lower form.
Jadi,tak adalah rasa macam awkward sangat bila nak adapt suasana belajar kat kelas tu.
Kalau tak,rasanya boleh terjadinya homesick secara tiba-tiba lol -.-"
Also,ada juga kawan-kawan yang aku kenal dalam kelas tu.Hehehe...
Yang bestnya,ada ramai juga kpoppers kat kelas XD
Cuma,tahun ni aku agak kurang nak fikir dan fangirling pasal kpop dekat sekolah lol.

Bagi aku,kelasnya meriah jugaklah,sebab ramai yang suka buat suasana happening,terutamanya Syafinaz,the mood maker.HAHA sorry sebab mention your name.At least your name famous kat blog aku XD
Penolong kelas yang baru pun lawak juga orangnya,Jaspreet.
Kelas 4V1 pada mulanya seramai 33 orang,tapi ramai jugak yang mintak masuk kolej vokasional dan sekolah lain,jadi tinggallah seramai 27 orang sahaja...


The best moment is when Puan Suma mengajar kelas 4V1 untuk English...Yeayy...happy sangat XD
Dia pun happy sebab kelas English yang dia ajar masa form 3 tahun lepas ada 10 orang dapat A :)

Bagi aku,semua subjek susah. ;-;
Sejarah lagilah...aku macam...bosan belajar pasal tamadun...tapi,kena belajar jugak...


Tahun ni,aku sibuk.Kerja sekolah dan kerja rumah semakin banyak.Sehinggakan dalam seminggu terasa nak pengsan.Urghh...tahun ni pun balik lambat.Dulu balik 12.50 tengahari,sekarang ni 1.30 petang.Itu belum masuk dengan aktiviti kokurikulum.Aaaaa...penat sungguh -.-
Dalam bulan Januari,aku sempat update satu chapter je untuk fanfic.Bila nak update mesti ada halangan.Tak faham aku...tsk.Entah bulan Februari ni boleh update ke tak.

Maybe that's all for now.Kalau aku rasa macam ada masa nak udpate,aku akan update :)

p/s:Follow me at Instagram: @linajaejoong

I want this comic so badlyyyy TToTT sila jual di Malaysia XD Eh,aku baca dalam Klik ada list nama Malaysia lol *o*
 

You May Also Like

0 your comments