Keputusan Trial PMR aku -.-
Suho,my guardian ^_^
Assalamualaikum,Hello and Annyeong!
Dah lama aku tak update.Yeahh,sejak nak start trial,aku memang jauhkan diri dari internet.
Kononnya nak fokus dengan trial PMR.
Keputusan trial PMR dah keluar.Hmm...agak cacat sikit aku punya result.Kecacatannya adalah pada Maths.
Serius aku dah jangka kecacatan tu akan muncul jugak =='
Mula-mula dapat keputusan untuk Pendidikan Agama Islam.Susah jugak PAI ni ;o;
Ramai yang fail,dan ramai dapat D.Aku dapat C,itu pun aku bersyukur jugak,sebab aku hampir separuh mati nak jawab PAI ni -.-
Ustazah memang marah sangat dekat kitorang.Dah ajar banyak kali tetap buat salah.Nak buat macam mana,dah susah kan?
Hari Rabu minggu ni baru aku datang sekolah sebab Isnin dengan Selasa aku tak datang.Tiba-tiba aje datang demam.Mungkin sebab terkena hujan masa pergi Aeon hari Ahad minggu lepas ._.
Aku dapat keputusan untuk Maths.Memang kena marah dengan cikgu,siap dia cakap "kamu tak malu ke?mak kamu cikgu.Anak tak pandai maths,"
Hoho sabar jelah aku dengan cikgu -.-
Science!Aku betul-betul tak sangka Science aku menaik!Naik dalam 23 markah ._."
Selalunya aku dapat D,pernah sekali tu,hampir gagal -.-
Oh yeahh,soalan Science paper 2 agak senang ;o; aku sendiri pun tak sangka.Harapnya bila PMR nanti,Paper 1 dengan 2 senang tahap petala kelapan :DD
Geografi aku macam biasalah...C aje memanjang...huuu
Tapi,benda yang paling aku tak sangka...Sejarah aku dapat A >.<
Pagi tadi masa nak pergi lab,cikgu sejarah aku tanya aku dapat berapa masa exam mid-year.Aku jawab dapat 62.Lepas tu cikgu cakap aku dapat A.Serius aku tak percaya sebab Sejarah susah gila kot.Aku dahlah tak habis baca semua bab form 1 sampai form 3...tapi bila cikgu masuk waktu Sejarah,baru aku percaya lepas aku tanda jawapan untuk kertas soalan.
Keputusan untuk BM,BI dengan KH aku tak dapat lagi,sebab aku tak datang sekolah.Jadi,lepas bukak sekolah baru aku nak tanya cikgu-cikgu subjek tu...
Tapi...kalau ada gagal,apa gunanya dapat A pun ._. sebab trial ni akan tentukan aku akan masuk ke kelas mana tahun depan.
Kbaii :D
0 your comments