Ai Zaharah~Seindah nama ,tetapi hatinya sekeras batu kerikil...
Ehehe....
Assalamualaikum!Annyeong!Hello!
Korang rasa pelik tak dengan tajuk entri ni?
Hahaha...Sepatutnya bukan cerita ni,tetapi cerpen yang sepatutnya dikhabarkan telah hilang?!
Actually,tajuk ni...adalah hint untuk next cerpen yang Lina sedang siapkan....
Nama heroin:Nur Ai Zaharah
Nama panggilan:Aizara,Hara dan Aiza...
Nama hero:Izham Hakimi
Nama panggilan:Iz dan Kimi
~antara babak yang akan berlaku ialah...~
1.Permulaan:Ai Zaharah memandang wajah jejaka yang berada di hadapannya ini.Sudah lebih dua tahun mereka tidak bertemu.Nampaknya jejaka ini banyak mengalami proses perubahan,namun,taklah begitu teruk penampilannya semasa dua tahun yang lalu.Yang pasti,jejaka ini sudah kelihatan matang,seiring dengan usia mereka. "You sekarang ni still belajar atau dah kerja?" tanya jejaka itu dengan senyuman. "I baru je graduated
dua bulan yang lepas...Now i,tengah nak cari kerja," balas Ai Zaharah dengan sebaiknya.
2.Pertengahan:Izham Hakimi bergelut dengan perasaannya sendiri.Tiada siapa tahu dia menyukai Ai Zaharah.Mereka pada mulanya rakan sekelas di universiti,dan perhubungan mereka terputus apabila keluarganya membuat keputusan untuk berpindah ke Australia.Kini,perasaannya masih sama pada gadis itu.Namun,haruskah dia melepaskan Suraya?Kekasihnya yang sudah dua tahun menambat hati kecilnya?
3.Klimaks:Ai Zaharah terpaksa memikirkan perkara itu,sama ada menolak atau menerima dengan sepenuh hati.Cinta?Tak pernah langsung terfikir olehnya...Haha,memang pelik,baginya cinta itu buang masa.Tetapi,patutkah dia menerima orang sebaik Tengku Syed Irshad?Atau rakannya,Izham Hakimi?
Keliru!Itu yang terjadi pada dirinya kini.
4.Pengakhiran?Oopss!Rahsialah...Ehehe...Kena tunggulah ya?
Tajuk:Maaf,andainya aku tak sempurna buatmu...
(idea ni tercetus masa Lina tengah ada kelas Pendidikan Islam...(hari Rabu...err,semalam?) )
Dan masa tu,Lina tengah jawab soalan...wahaha...
p/s:Cinta Hanya Untukmu,Natalia [II] akan siap minggu depan!
0 your comments