Updates? October.

by - 20:43

Credit to: PNGTree


Assalammualaikum, Hello and Annyeong!
Lina's here.
Another update.

Lupa pulak nak update bulan lepas haha.
Sekarang ni dah masuk bulan Oktober.

Alhamdulillah aku dah tamat latihan industri. Report dengan presentation pun settle dah masa bulan Ogos.
Result pun dah keluar bulan lepas. Aku bersyukur dengan rezeki result yang bagi aku worth it.
Many thanks to my SVF dengan SVI dan semua orang yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung.
Masa intern pun kejap WFO, lepas tu WFH.
Fuhh. Tapi I will miss the memories of being an intern and my intern friends.

Masa nak dekat hujung bulan Ogos, laptop aku tetiba buat hal...sobs.
Jadi aku pun tak dapat nak buat apa kecuali tunggu dapat balik rumah dekat Perak.
Itu pun tunggu sampai bulan September sebab nak bagi mak dengan adik aku cukup 2 dos vaksin.

Aku ada bagitau yang aku ada start menulis balik dan siap design cover lagi *lol*
Ongoing story aku buat masa ni ialah Her Reckless Heart. Aku ada publish dekat Her Love Confessions dengan Wattpad. Tbh, aku tak uar-uarkan sangat pasal aku menulis sebab aku still mencari hala tuju dengan gaya penulisan. Her Reckless adalah POV 1 jadi POV memang berdasarkan watak utama cerita tu, Elle Nadirah.

Masa aku tengah taip cerita Her Reckless Heart ni, kan laptop aku buat hal so aku struggle dan gigih menulis dalam phone hshshshs.
The struggle is real tapi sebab aku dah mula menulis kan, takkan nak stop halfway kan? Karang aku lupa pulak hahaha walaupun aku ada tulis idea dalam phone dengan buku nota.

Lepas dah dapat balik rumah dekat Perak, aku sambung tulis guna laptop mak aku punya *sobs*
Nasib mak aku tak guna sangat sekarang ni sebab mak aku guna laptop adik aku untuk kelas PDPR dia. Kelas online is hard! Aku ada tolong jugak mak aku buat kerja PDPR dia selain adik aku bila dah balik rumah ni.

Currently. Her Reckless Heart ada 14 bab. Mula-mula dulu aku update hampir setiap hari jugak, cuma dalam 3 minggu lepas aku decide nak update seminggu satu bab, because sometimes aku pun macam susah nak tulis setiap hari. Tak nak paksa diri menulis, sebab nanti cerita tu tak seperti yang aku nak. Kalau masa zaman sekolah memang kalau chaptered stories aku boleh tulis banyak (tapi sama ada habis atau tak je lol). Tapi bila dah masuk umur yang dah dewasa ni, masa dan idea tu tak macam masa muda-muda dulu (gaya dia macam dah tua sangat je ahaha...)

Sambil sambung menulis Her Reckless Heart, aku ada jugak design cover cerita lain *ahem*
Sama ada nak tulis semua cerita tu atau tidak? Terpulang kepada diri aku sendiri hahaha.
Tapi adalah satu cerita baru aku taip sikit-sikit. The ideas are there in my mind but to write as fast as what I thought in my mind? Not that fast. Sebab sejak beberapa tahun ni penguasaan kosa kata Bahasa Melayu aku macam dah kureng sobs.
Mungkin sebab banyak baca novel bahasa Inggeris? And mungkin sebab aku banyak gunakan bahasa Inggeris sepanjang belajar degree dalam masa empat tahun ni.

Tapi ada tips yang kalau nak menulis, kita kena jugak rajin membaca. So, adalah jugak aku baca novel-novel bahasa Melayu yang memang aku dok baca sekarang ni. Cuma biasalah nak taip tu ada juga kekangan dari segi nak ingat ayat atau kosa kata yang sesuai dengan cerita aku tengah tulis haha. Sedih betul.

Selain menulis, aku membaca jugak, dan menonton drama. Oh cumanya aku start balik tengok anime.
Memang pelik betul haha. Macam otak aku ni reset balik ke zaman pre-2018, sebelum aku stop tengok anime, baca manga and layan kpop/kdrama/jdrama.
But it's okay sebab sekarang ni tak buat apa kan. Bab nak kerja tu, aku fikir kemudian. Aku nak duduk dan spend time dengan family. Dah enam bulan aku tak balik jumpa family, sepanjang aku intern dekat Selangor, aku memang tak balik sebab masa tu kes Covid tinggi dan still tunggu giliran untuk dapatkan vaksin.

Alhamdulillah, mak dengan adik aku pun dah dapatkan 2 dos vaksin, so dapatlah aku balik. Aku pun settle dah dua dos vaksin dekat Selangor, diorang dekat Perak. Dapat balik rumah masa tengah bulan September. Hehe.

Banyak nak dibebelkan dekat dalam entry ni tapi sudahlah tu, Karang orang meluat pulak nak baca bhahaha. (perasan je macam ada orang nak baca ye dak? hshshs)

Hari ni birthday bias aku dalam Seventeen. It's Happy_JEONGHAN_Day!
Dear Yoon Jeonghan, thank you for coming into my life. 
Lots of love, Lina.

Aku ada cadang nak tulis oneshot sempena birthday Jeonghan, tapi mungkin tak sempat tapi takpelah. Sebab aku sebenarnya ada draft oneshot fanfic untuk dia. But it's okay, nanti bila ada masa aku tulis. Mungkin aku akan post ke Asianfanfics hshssh, segan nak post dalam blog fanfic. Sebab dah lama tak post apa-apa dekat blog tu.





Gifs Credits: Ohoshi | Tumblr

Aku ada banyak blog, yang main blog sebab untuk personal blog. Tadi sebelum buat entry dalam blog ni, aku ada tengok semua blog yang aku ada. Haha banyak siot. Cuma blog-blog yang aktif buat masa ni ialah blog ni dengan blog Her Love Confessions.


Kalau ada yang teringin nak baca Her Reckless Heart, cerita yang tengah ongoing, korang boleh tengok dekat blog Her Reckless Heart or search dekat Wattpad through profile aku @linaellenia, kalau rasa nak tengok aku bebel dekat ig pasal cerita aku or anything related pasal e-novel, boleh search @elenawritesromance .

Have a nice day and stay safe. Kalau nak bercuti, ingat penjarakkan sosial dan SOP yang berkaitan.

Ciao, Lina.


You May Also Like

0 your comments