2018 dan rezeki tak diduga

by - 01:52




Assalammualaikum, Hello and Annyeong!
Dah masuk hampir ke pertengahan 2018...dan aku baru je nak update blog!
Hahahaha.

Tahun ni macam-macam perkara yang terjadi.
Alhamdulillah, rezeki tu datang tanpa diduga.
Aku dapat ditawarkan ke UiTM untuk peringkat ijazah sarjana muda!
Syukur sangat-sangat.
Tapi aku sedih lah jugak sebab kena berjauh dengan keluarga.

Ibu aku cakap, "dah rezeki kakak nak belajar, pergilah."
Mahunya tak nangis bila ibu cakap lagu tu.
Aku ni sudahlah anak sulung plus yang pertama nak masuk universiti.

Dulu ada jugak rasa macam nak give up bila tak dapat tawaran nak masuk ke universiti. Cuma tak sangka rezeki yang Allah berikan tu di saat aku tak mengharapkan apa-apa.

Aku dapat course Information System Management! Hah...
Terkejut jugaklah..sebab ingatkan dapat course library, sebab rasa macam nak belajar pasal pengurusan perpustakaan.
Hehe...tapi aku tak kisah asalkan dapat sambung belajar.

Dari Perak...ke Puncak Perdana lah aku!
Kampus Puncak Perdana ni ada dua fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA).
Aku ni di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat.

So...I will tell about my new life in another blog post.
Adios!


You May Also Like

0 your comments