Hampir enam bulan berlalu,dan...?
Assalamualaikum,Hello dan Annyeong!
Salam Ramadhan.
Alhamdulillah,kita dah masuk ke bulan puasa dan harini dah lima hari kita berpuasa :)
Aku pun baru sekarang rajin nak update blog ni.
Hahaha.
Dah hampir enam bulan berlalu.
Orang lain yang sebaya aku mesti dah sambung belajar di unversiti atau mana kolej,tak kiralah awam atau swasta.
Aku pulak?
Aku pun sambung belajar.
Jadi budak form 6.
Pada mulanya,macam nak tak nak je masuk form 6.Sebab persepsi aku tentang form 6 ni agak err...krik krik...
Tapi lepas je masuk,dah lalui program orientasi hampir dua minggu,aku dah bertekad nak stay sebab form 6 sebenarnya taklah teruk pun,cuma kena struggle lebih sikit je.
Hehe.
Ramai senior dengan guru-guru form 6 berkongsi pasal kelebihan form 6 ni.
Lagi best,form 6 dikira macam budak U jugak.
Malahan,form 6 ni diiktiraf oleh Cambridge University!
Wuuu,Cambridge tuu.
Hahaha.
Okey.
Kalau diikutkan,form 6 yang sekarang ni ada 3 semester.
Sekarang dah mula belajar untuk first semester.
Belajar dari bulan Mei sampai Oktober,lepas tu dalam bulan November terus exam.
Aku ambil subjek Sejarah sebagai main subject,dengan subjek-subjek yang lain seperti Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan,Pengajian Am dan MUET *wajib
Hmm,nak cerita pasal apa lagi ye?
Oh,2PM dah comeback!
Yeay!
Hahaha.
Setakat ini sahaja post untuk kali ni.
Tapi tak tahu bila pulak aku nak update lagi luls.
Mungkin lepas raya?Hoho.
Assalamualaikum.
0 your comments