REVIEW NOVEL:HARGA SEBUAH CINTA
Assalamualaikum!Annyeong!Hello!
Lina ingin menulis review novel yang Lina baru habis baca dan baru beli semalam...
Harga Sebuah Cinta karya Hani Fazuha.
Ianya menceritakan tentang Hanisofea aka Fea yang hidupnya agak boleh dikatakan selalu diduga.
Kerana pernah bercinta dengan anak majikan ibunya,Arman,dia dan ibunya dihina dan dihalau keluar dari rumah keluarga Arman.Namun,Fea masih mencintai Arman sehingga kini.
Tanpa dia sedari,Zura,sahabat baiknya mencintai Arman.Arman pula masih mencintai dirinya.Dalam masalah itu,Ikmal;sepupu kepada Zura melamar Fea.Namun,perkara itu membuatkan masalahnya lebih berat,kerana kekasih Ikmal,Nisha sudah memberi amaran supaya dia menjauhkan diri daripada Ikmal.
Kerana itu,Zhafir,abang kepada Zura,menghulurkan bantuan dengan membuat pengorbanan yang besar,dengan mengahwini dirinya.Fea menerima huluran bantuan tersebut.
Tetapi,mengapa Zhafir melayan dirinya seperti dialah orang yang disayangi dan dicintai oleh Zhafir?
Fea keliru...Walaupun dia sudah berumah tangga,Arman masih cuba memburu cintanya...Sebenarnya Fea mengahwini Zhafir sebagai tindakan untuk menyelamatkan hubungan Arman dan Zura...Ikmal pula sudah berkahwin dengan Nisha dan melanjutkan pelajaran ke US.
Dan kerana ketelanjuran kata-kata,Fea membuatkan Zhafir sanggup menawarkan hartanya semata-mata untuk dia menunaikan hasrat suaminya itu.Lama kelamaan,cinta terhadap Arman kian pudar dan beralih kepada Zhafir...Arman juga sudah menerima hakikat bahawa Fea bukan untuknya...
Mengapa?Kerana dia cemburu bila Jessica,kekasih lama Zhafir sering berdampingan dengan suaminya itu...
Ya...dia jatuh cinta...Dan akhirnya mereka bahagia...
0 your comments