REVIEW NOVEL:...DAN CINTA PUN TERSENYUM...
Assalamualaikum!Annyeong!Hello!
Hari ni Lina nak post about novel yang Lina baru habis baca...
Dah lama nak buat review novel...
Tapi asyik lupa je...
Okaylah,novel yang nak direview ni,memang novel yang Lina tunggu-tunggu.
Karya oleh NORA ISMAIL.
...DAN CINTA PUN TERSENYUM...
Mengisahkan Ervan Prima Sakti,si pria yang ganteng dan telah diberi gelaran Indonesia's Most Eligible Bachelor.Dia telah disuruh oleh mamanya,Puan Zurina untuk tinggal di Pulau Besar,Johor,Malaysia.Ervan ni kacukan,mama dia orang Melayu,manakala papa dia pula keturunan Indonesia (suku Betawi)-Belanda.Dan dia adalah satu-satunya anak tunggal kepada Puan Zurina dan Tuan Mahendra.
Dan dia juga suka cakap guna accent American.Kalau cakap melayu,loghat Indonesia tu masih pekat.
Sikap dia yang suka cakap lepas buat Surihani (heroin dalam citer ni)...makin benci dekat dia ni...
Tapi,lama kelamaan dorang pun jatuh cinta...Tulah,jangan terlalu membenci seseorang itu,kerana kemungkinan kita akan suka orang tu.Makanan kegemaran dia ialah ayam penyet!Tapi dia tak mahu orang lain tahu...Dan bila Surihani masakkan untuk dia masa dia sakit,memang dia puji habis masakan Surihani.
Dalam novel ni juga ada watak antagonis,Reta,Ardi dan Akhil...Mula-mula Akhil ni baik,lepas tu dia jadi jahat sebab dia tak suka Surihani bercinta dengan Ervan.Reta adalah sepupu Ervan.Dia minat sangat dengan Ervan,dia sanggup ke Pulau Besar,semata-mata nak jumpa Ervan.Ervan memang tak suka dia.Ardi pula kawan Ervan tapi tak rapat sangat,dia ni suka dekat Surihani.Dan Reta dan Ardi pernah sabotaj Surihani punya lukisan mural,dorang nak Ervan marahkan Surihani.
Dan sebuah tragedi dahsyat berlaku,bot mewah yang dipandu oleh Radin (kawan abang Surihani;Hizar.) tidak dapat dikawal dan disabotaj.Dan kerana tragedi itu,Ervan dibawa pulang ke Indonesia.Surihani pula menderita.Dan masa tu juga Akhil nak meminang Surihani.Surihani menolak,itu membuatkan Akhil menjadi pendendam.Dia nak Surihani jauhi Ervan.Ervan terpaksa menerima hakikat yang dia cacat sebelah tangan.Seluruh peminat dia dapat tahu yang dia dah cacat.Reta pulak sengaja nak semua orang tahu yang Ervan tu dah cacat.Namun,dia cuba dan berjaya.Surihani pula sanggup menambat hati Ervan semula dengan ke Indonesia.Walaupun tidak diendah oleh Ervan,dia masih berusaha.
Dan,sememangnya mereka berdua masih memerlukan cinta.Mereka bersatu.Akhil cuba kacau,dia membuat pengakuan yang dia yang sabotaj bot mewah...Ervan tak mahu buat laporan polis.tapi,majlis perkahwinan Ervan dan Surihani berjalan lancar.Dan keesokkan harinya,Akhil ditemui mati kerana lemas,dia sebenarnya mabuk semasa berjalan di tepi pantai.
Surihani dan Ervan hidup bahagia...Novel ni memang best!
0 your comments